cube try like ni..huhu

Thursday 4 August 2011

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor 2011

1.      Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :
(i)                    Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii)                  Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii)                Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.  
2.      Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i)                    Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
·          Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) / Institusi Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti ( tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
(ii)                  Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir Fast Track Negeri Selangor
·          Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.



permohonan on-line :http://tkwbns.selangor.gov.my/

No comments:

Post a Comment

aku mengamalkan demokrasi dlm blog ini..komenlah apa yg kau mahu.haha